Tuesday, December 9, 2014

Gaya Pengurusan Pentas AMERICAN vs BRITISH : Yang Mana Satu BEST?

Salamm...

Perbincangan saya kali ini bukanlah untuk mempertikaikan sistem pengurusan pentas mana yang betul dan mana yang salah...jangan salah anggap pulak ya!!!. Kedua-dua sistem pengurusan pentas AMERICAN dan BRITISH adalah betul kerana kedua-duanya telah diamalkan oleh banyak pihak buat sekian lamanya. Di Malaysia, rata-rata kumpulan kesenian mengamalkan sistem pengurusan pentas Amerika. Saya kurang pasti kenapa aktivis kesenian Malaysia khususnya orang teater memilih sistem Amerika bukannya British? Mungkin kerana pendedahan awal aktivis teater kita bermula dari Amerika kot?

Sebagaimana yang saya nyatakan diatas, kita bukannya ingin mencari yang mana satu betul dan yang mana satu salah, sebaliknya ingin membincangkan yang mana satu best untuk kita praktikkan dalam keadaan tugasan unit pengurusan pentas yang semakin mencabar kini. Melalui pengalaman saya sendiri dalam bidang ini, saya merasakan yang paling best ialah...??? saja jer buat suspen dulu...:-)

Sebelum saya  mengesyorkan yang mana satu best mengikut pengalaman saya...elok kita mengenal dulu struktur organisasi unit pengurusan pentas kedua-duanya. Di Amerika, sistem pengurusan pentas mereka menggunakan komposisi Stage Manager (SM) dan  Assistant Stage Manager (ASM) dan dibantu oleh Crew. Manakala di UK (British) pula bermula dengan komposisi Stage Manager (SM), Deputy Stage Manager (DSM) dan Assistant Stage Manager (ASM) dibantu oleh Crew. Jika anda menggunakan posisis SM dan ASM dalam produksi anda, itu bermakna anda sedang mengamalkan sistem pengurusan pentas Amerika dan sebaliknya jika anda mengamalkan SM, DSM dan ASM bermakna anda mengamalkan sistem British. Jika anda telah mengamalkan kedua-duanya..Anda mungkin sudah tahu yang mana satu best kan?

JIKA TIDAK...JOM KITA CITER!!!

Sebagaimana yang saya pernah bincangkan peranan dan tanggunjawab unit pengurusan pentas khusunya SM dalam post  sebelum ini, SM merupakan orang terpenting dalam kerja-kerja belakang tabir dan merupakan satu posisi yang paling mencabar yang memerlukan komitmen, dedikasi, sabar, bijak, mempunyai pelbagai ilmu teknikal, ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, adil dan saksama, tepat dan betul dalam apa jua keputusan dan lain-lain lagi..kan? 

Jika anda menggunakan sistem pengurusan pentas Amerika, SM juga bertanggungjawab untuk mengendalikan latihan bersama pengarah persembahan, menguruskan jadual latihan, keperluan latihan, mengendali serta memastikan semua cue berada dalam keadaan yang betul, menjaga kebajikan belakang tabir, menguruskan proses persiapan pentas bump in dan bump-out, mengendalikan latihan teknikal (technical rehearsal), latihan penuh (run through), latihan penuh berkostum (full dress rehearsal) dan persembahan (performance). Tugasan SM hanya dibantu oleh ASM dan crew dari awal hingga akhir produksi. 

Jika anda menggunakan sistem British,  SM akan dibantu oleh DSM yang bertindak sebagai orang kanan kepada SM yang akan membantu kerja-kerja persiapan latihan, mengendalikan latihan bersama pengarah persembahan, mencatat segala perubahan yang dilakukan oleh pengarah seperti pergerakan artis, perubahan dialog atau stage direction, penambahan prop, teknikal, kostum dan lain-lain. DSM akan sentiasa berada di tempat latihan (studio) bersama pengarah persembahan dan dibantu oleh ASM bagi memastikan semua latihan berjalan lancar. Dalam hal ini juga, DSM bertanggungjawab mengendali serta memastikan sistem cue berada dalam keadaan yang betul semasa latihan teknikal, latihan penuh, latihan penuh berkostum dan persembahan. 

Sebaliknya, SM akan bertanggungjawab memastikan semua proses perjalanan produksi berjalan lancar. Walaupun DSM dilihat telah melakukan tugas SM (jika merujuk kepada sistem Amerika), ini tidak bermakna bahawa SM boleh meninggalkan lokasi produksi. SM tetap bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua artis berada di studio latihan, semua prop tersedia (berbincang dengan ASM), menjaga kebajikan tenaga produksi, memastikan jadual latihan dipatuhi oleh semua pihak, mengingatkan call time semua pihak, memastikan laporan harian tersedia, sentiasa berhubung dengan pengarah persembahan berhubung perjalanan produksi, melaporkan status produki kepada pengurus produksi (PM). ASM pula akan sentiasa berada dengan DSM bagi membantu kerja-kerja DSM.

PENDEKATA...

Secara umumnya, dalam sistem British, SM adalah bertanggungjawab MENGURUS keseluruhan perjalanan belakang tabir. DSM akan MENGENDALI perjalanan produksi di semua peringkat latihan dan persembahan khususnya hal berkaitan pergerakan artis, set & prop, perubahan dan penambahan pada skrip oleh pengarah, menjaga cue latihan dan persembahan serta merujuk kepada SM dalam membuat apa jua keputusan. ASM pula bertindak MEMBANTU MENGENDALI perjalanan produksi serta DSM di semua peringkat latihan dan persembahan. Pada masa yang sama ASM juga membantu hal-hal lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh SM. 

Manakala bagi sistem Amerika, secara umumnya SM adalah  adalah bertanggungjawab MENGURUS dan MENGENDALI keseluruhan perjalanan belakang tabir termasuklah di semua peringkat latihan dan persembahan (termasuk semua perkara yang dilakukan oleh DSM - sistem British). Beliau akan dibantu oleh ASM yang akan membantu apa sahaja kerja-kerja SM bagi memastikan semua berjalan lancar. 

KESIMPULANNYA...

Setelah saya mengamalkan kedua-dua sistem pengurusan pentas tersebut, saya secara peribadi mengesyorkan sistem British adalah best kerana melalui sistem British bebanan tugasan SM dapat dikongsikan bersama DSM. Dalam hal ini, justifikasi saya adalah berdasarkan tugasan SM hari ini semakin mencabar lebih-lebih lagi jika mengendalikan sesuatu produksi yang berskala besar seperti muzikal, festival, majlis perasmian atau pelancaran dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, produksi hari ini juga telah melibatkan  pelbagai sistem kecanggihan teknologi pentas seperti yang terdapat di Istana Budaya dan sudah tentu memerlukan suatu sistem pengurusan pentas yang lebih berkesan dan kondusif. 

Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda untuk memilih sistem yang mana satu berdasarkan keperluan sesuatu produksi...kemungkinan bagi skala kecil anda boleh memilih sistem Amerika tetapi bagi skala besar anda memilih sistem British. 

CUMA...

Bagi seorang produser, mereka akan memilih sistem Amerika kerana dapat jimat bajet dengan tidak melantik DSM. TETAPI bagi anda seorang pengurus pentas (SM) anda memerlukan seorang DSM bagi meringankan beban tugas. 

SIAPA PEMBUAT KEPUTUSAN DALAM SITUASI BEGINI?

Anda (SM TEAM) boleh membuat keputusan jika kita bersatu dan bersetuju dalam hal ini...kita harus membina kerjaya ini (SM TEAM) sebagai kerjaya profesional dengan mengangkat suatu sistem atau gerak kerja yang menyeronokkan sekaligus menjamin kelangsungan masa depan kita sebagai tenaga belakang tabir.  

Di UK, Ahli Persatuan Pengurusan Pentas mereka telah bersatu dengan menjadikan sistem tersebut adalah WAJIB dilaksanakan oleh semua produksi tanpa mengira skala kecil mahupun skala besar. 

TEPUK DADA TANYA DIRI KITA!!!