Tuesday, March 4, 2014

Teknik Pembacaan Skrip Seorang Pereka Produksi

Salamm...


Topik yang saya ingin bincangkan pada kali ini adalah berkenaan dengan teknik pembacaan skrip seorang pereka produksi...topik ini nampak macam biasa-biasa sahaja tetapi ia sangat mempengaruhi kualiti sesebuah rekaan yang ingin dihasilkan..

Penekaan kepada teknik membaca skrip yang betul perlu diamalkan oleh individu yang bergelar pereka produksi sama ada  pereka set dan prop, cahaya, audio, kostum, solekan, multimedia dan lain-lain lagi. Kebanyakkan pereka mengabaikan teknik pembacaan skrip yang betul dan sistematik...ada sesetengah pula langsung tidak membaca skrip..hanya berpandukan naluri semata-mata..berpandukan arahan pengarah persembahan atau hanya berpandukan pemerhatian sewaktu sesi latihan sahaja. Amalan sedemikan tidak tepat...Ia memerlukan sebuah kajian yang mendalam sebelum menghasilkan sesuatu visual bagi sesebuah persembahan..

Kepentingan membaca skrip secara sistematik oleh seseorang pereka produksi adalah sama pentingannya dengan seorang pelakon atau artis yang menjayakan sesebuah persembahan. Jika seorang pelakon membaca skrip untuk tujuan pembangunan karakter, eksploitasi watak dan penghayatan terhadap sesuatu mesej yang ingin disampaikan kepada khalayak, seorang pereka juga mempunyai peranan yang sama iaitu bagi melahirkan suasana yang bersesuaian dengan karakter serta mesej yang disampaikan kepada penonton. Kita pernah dengan perkataan "Mood & Atmosphere" kan? 

Secara umumnya "Mood" dihasilkan oleh artis atau pelakon seperti marah, sayang, benci, dendam, suka dan lain-lain lagi. Manakala "Atmosphere" pula dihasilkan oleh pereka seperti malam, siang, senja, pagi, tenang, panas, sejuk dan lain-lain lagi. Pendekata gabungan antara "Mood & Atmosphere" yang berkesan amat penting dalam menentukan kejayaan atau kualiti sesebuah persembahan. 

Oleh itu, jika seorang pereka tidak menyedari atau dengan sengaja mengabaikan kepentingan membaca skrip secara sistematik, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa sesebuah produksi tersebut hanya menampilkan "Mood" tanpa "Atmosphere". Kehadiran "Atmosphere" secara umumnya tidak disedari oleh penonton yang menyaksikan sesebuah persembahan kerana mereka lebih tertumpu kepada dialog, senikata atau ekspresi yang dihasilkan oleh artis. Namun, "Atmosphere" yang dihasilkan sebenarnya telah membentuk dan mengawal emosi penonton melalui kesan visual yang ditampilkan oleh seorang pereka. 

Sebagai contoh, sewaktu pelakon sedang melakukan babak sedih..tonasi dan ekspresi pelakon tidak akan berkesan tanpa kehadiran pencahayaan  yang suram dan warna cahaya yang menggamit emosi , bunyian yang mendayu, kostum yang nampak lusuh serta solekan yang tidak ceria. Dengan ketelitian gabungan tersebut telah membawa penonton bersama-sama menghayati mesej yang ingin disampaikan oleh sesebuah produksi itu. Hal yang sama juga turut berlaku dalam produksi-produksi lain seperti produksi muzik, nyanyian atau tarian.

Proses pembacaan skrip yang sistematik telah ditekankan oleh bayak pihak;


Dalam hal ini Dean (2002) menyatakan bahawa:

On the first time of reading it is best that they read the piece           straight through without making too many notes, to get a sense of the piece as a whole. They should then read it through again and make notes of the following requirements, which may be written as stage directions, or be in the text itself; the period(s) in which the piece is set, the number of characters, the status (wealth) of the character, the number of scenes and their descriptions and the essential requirements for each scene, how the play moves from one scene to the next, props and furniture requirements, costume requirements, lighting effects, sound or music, anything which may be a health and safety issue and anything else may be a problem.

Perkara yang sama turut ditekankan oleh Parker & Smith (1974):

The designer’s first reading of the play is for its content. He allows himself to react as a member of the audience, avoiding any pre-conceived image of the background other than the author’s description. In this way his first impression is an over-all response that helps him answers two questions: What kind of a play is it? What is the dominant mood? The second reading is for the play’s intent. What is the author saying?. It is a more careful reading-between the lines and within parentheses. What is the theme? What is the style? Has the author expressed a point of view through allegorical symbols or in daily-life reaslism? Has he soared into realm of epic poetry, or has he dropped into the lusty imagery of sidewalk prose? In the style of the play the designer finds a clue to the degree of reality or unreality of the scenic environment.


Berdasarkan kenyataan diatas, tidak dinafikan lagi bahawa peranan pereka dalam menghasilkan sesutau visual yang berkualiti memerlukan sebuah gerak kerja yang rapi dan memerlukan suatu teknik pembacaan skrip yang berkesan. Dalam hal ini, ia turut menafikan juga pendapat sesetengah pihak yang menyatakan bahawa sesebuah persembahan boleh tampil hebat dengan hanya berbekalkan kekuatan seseorang artis tanpa bantuan rekaan visual yang berkesan. 

Pada aspek lain, dalam memastikan sesuatu rekaan yang berkualti, ia memerlukan sebuah skrip atau naskah yang lengkap bagi memberi peluang kepada seseorang pereka untuk mengkaji semua aspek yang terkandung dalam sesebuah skrip tersebut. Jika seseorang pereka tidak menerima skrip yang lengkap, ia akan mengganggu proses pencarian serta penghayatan terhadap sesuatu visual yang ingin dihasilkan oleh seseorang pereka.

Cabaran kepada seorang pereka produksi dalam menghasilkan suatu "Atmosphere" yang berkesan bagi menyokong sesuatu "Mood" dalam sesebuah persembahan tidak boleh dikesampingkan dan ia memerlukan sebuah komitmen yang jitu oleh semua pereka produksi. Tanpa suatu gerak kerja yang sistematik, ia bakal mengundang kepincangan dalam memastikan kejayaan sesebuah persembahan. 

Pada masa yang sama, ia juga memerlukan komitmen pihak-pihak lain dalam sesebuah produksi seperti pihak pengurusan produksi agar sentiasa memahami keperluan ini, sekaligus untuk memastikan kualiti sesebuah persembahan berada di tahap yang terbaik.