Monday, June 30, 2014

Peranan Rekaan Bunyi Dalam Persembahan Pentas

Assalamualaikum...

Setelah membincangkan tentang peranan pencahayaan dalam persembahan pentas..elok kita membincangkan pula tentang peranan rekaan bunyi. Ingin saya tegaskan di sini..apabila kita membincangkan tentang rekaan bunyi..kita tidak hanya memperkatakan tentang jenis microphone atau berapa banyak speaker atau berapa banyak monitor speaker yang ingin digunakan. 

Apa yang harus dibincangkan adalah peranan bunyi dalam konteks "telling a story". Dalam hal ini juga, kita harus memahami tugasan antara Sound Engineer dan Sound Designer. Sebelum saya memfokuskan kepada rekaan bunyi, elok saya terangkan dahulu tugasan antara kedua-dua tersebut. Sound Engineer tugasannya lebih kepada mengadun bunyi (sama ada muzik atau lagu atau dialog). Beliau lebih faham tentang selok-belok mesin rakaman atau sound mixer (samada dalam studio rakaman atau live show). Manakala, Sound Designer pula bertindak mengenal pasti atau merekabentuk bunyi yang dipanggil sound effects seperti bunyi burung, cengkerik, petir, hujan, air, bunyi senapang, bunyi meriam, bunyi kenderaan dan lain-lain lagi termasuk juga menentukan muzik yang bersesuaian bagi melahirkan mood dan atmosphere dalam sesebuah babak atau keadaan. 

Secara umumnya, Sound Designer tidak perlu mahir untuk mengendalikan mesin rakaman atau sound mixer...walaubagaimanapun beliau perlu faham akan peranan peralatan sound mixer, speaker, monitor khususnya tentang fungsi dB, fader, sub group, auxiliary,  jenis mic, sound software, jenis speaker atau monitor. Pengetahuan ini perlu bagi memastikan Sound Designer dapat memastikan bahawa setiap rekaan bunyi yang dilahirkan mampu direalisasikan dengan sebaik mungkin. Bagi produksi berskala besar dan bertaraf profesional, Sound Engineer dan Sound Designer akan berkerjasama rapat dalam urusan bunyi khususnya produksi muzikal. 

Seorang Sound Designer  hendaklah mempunyai teknik yang tersendiri dalam menentukan sesuatu bunyi yang bersesuaian bagi sesuatu babak. Kebanyakkan rekabentuk bunyi yang selalu digunakan adalah berbentuk realism sound, yakni bunyi yang selalu didengari oleh penonton atau manusia seperti burung, ayam, anjing, hujan, air, radio, televisyen dan lain-lain lagi. Walaupun nampak mudah, tetapi percayalah melalui pengalaman saya, kebanyakkan Sound Designer tidak mengambil berat tentang cara atau teknik penggunaan sesuatu bunyi itu. Sebagai contoh, secara tradisinya apabila kita cuba menggambarkan suara anjing menyalak atau ayam berkokok, kebiasaannya anjing atau ayam ini berada di aras tanah bukannya berada di tempat yang tinggi (atas pokok), tetapi kita masih lagi mengeluarkan bunyi anjing atau ayam itu menggunakan speaker yang tergantung (bahagian atas). Apabila hal ini berlaku, kesan bunyi tersebut menjadi kelakar dan tidak menarik kerana penonton tidak dapat mendengar atau menghayati kesan bunyi tersebut secara realiti. 

Begitu juga dengan bunyi radio atau televisyen, kita masih lagi mendengar bunyi radio atau televisyen menggunakan bunyi yang sangat kuat seolah-olah bunyi dalam sebuah disko sedangkan prop radio atau televisyen yang digunakan adalah bersaiz kecil atau  mungkin radio usang yang tidak mungkin mengeluarkan bunyi sekuat itu. Keadaan ini lebih ketara, apabila radio atau televisyen tersebut digunakan di atas pentas, sedangkan bunyi yang keluar adalah di bahagian speaker yang tergantung tinggi. Di situlah kesilapan yang timbul kerana Sound Designer tidak peka kepada realism sound. Bagaimana pula yang dikatakan abstract sound? Kerjanya lagi mencabar seorang Sound Designer..sengaja saya biarkan anda berfikir!!

Kenapa saya membincangkan perkara ini? Penting sangat kah? Ya...ketelitian memang penting kalau kita ingin menghasilkan sesuatu kerja yang berkualiti serta jika ingin mengangkat industri ini ke tahap yang terbaik serta menghiburkan, seterusnya menguntungkan...

   

Monday, June 23, 2014

Peranan Pencahayaan Dalam Persembahan Pentas

Assalamualaikum...

Perbincangan yang ingin saya ketengahkan pada kali ini ialah berhubung dengan peranan pencahayaan dalam persembahan pentas. Untuk perbincangan topik ini, saya memilih produksi teater kerana produksi teater sangat dominan menggunakan emosi atau ekspresi dalam apa jua keadaan. 

Apabila membincangkan tentang pencahayaan dalam sesebuah produksi teater, kita tidak hanya bercakap tentang gelap atau terang sistem cahaya tersebut. Oleh itu, apabila kita memerlukan sistem lampu bagi sesebuah produksi teater, kita bukan hanya memikirkan berapakah jumlah lampu yang ada dalam sesebuah panggung itu. Sebaliknya, perbincangan tersebut hendaklah menumpukan kepada bagaimana sistem lampu dapat membantu mengangkat cerita atau visual yang ingin disampaikan. Setelah itu, baharulah difikirkan jenis lampu yang ingin digunakan. Penggunaan cahaya yang berkualiti akan membantu "telling a story".

Jika pelakon melontarkan dialog dalam menyampaikan cerita atau mesej, pencahayaan juga bercerita melalui caranya yang tersendiri dan peranannya hampir sama dengan seorang pelakon. Jika pelakon bersedih, cahaya juga turut bersedih. Seorang pereka cahaya hendaklah mempunyai kemahiran untuk melahirkan suasana tersebut melalui kaedah tertentu. Perasaan sedih, sayang, dendam, marah dan lain-lain dapat digambarkan melalui kajian suasana yang mendalam berdasarkan mood atau atmosphere yang ingin dihasilkan.

Penonton akan menghayati sesebuah persembahan melalui dua deria penting iaitu sight and sound (mata dan telinga) . Sistem cahaya adalah terdiri kategori sight, yakni penonton menggunakan mata bagi menghayati sessuatu suasana yang ingin digambarkan. Pereka cahaya perlu memahami prinsip dalam rekaan cahaya yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Antaranya adalah seperti lighting composition, intensity, colour, contrast, angle dan movement. Pada masa yang sama, amalan "clarity of thought" juga memainkan peranan yang penting dalam apa jua keputusan dalam rekaan cahaya. 

Bagi memberi gambaran sebenar seorang pereka cahaya yang bertungkus lumus ingin melahirkan mood n atmosphere yang mengagumkan, saya ingin berkongsi pengetahuan saya, dimana seorang pereka cahaya bagi konsert Celine Dion yang telah bertemu dengan penyanyi tersebut bagi tujuan rekaan cahaya beliau. Antara topik perbincangan dengan penyanyi tersebut adalah seperti: 

  • Apakah warna ruang bilik tidur anda?
  • Apakah jenis rumah idaman anda?
  • Apakah warna kegemaran anda?
  • Apakah jenis pakaian kegemaran anda ketika keluar dinner? 
  • Bagaimanakan perasaan anda ketika anda marah/sayang/benci/stress?
  • Apakah impian dalam hidup anda?
  • Apakah suasana pilihan anda ketika dating?

Jika diperhatikan soalan-soalan tersebut agak terlalu peribadi untuk dikongsikan, apatah lagi untuk dikongsikan dengan seorang pereka cahaya. Namun, kedua-dua belah pihak telah menunjukkan tahap profesiolisme yang tinggi, demi kebaikan bersama. Begitulah, telitinya seorang pereka cahaya bertaraf profesional berkerja. Sebab itulah, apabila kita menyaksikan pencahayaan dalam sesebuah produksi yang diuruskan sedemikian rupa, persembahannya menyentuh naluri manusia. 

Dalam soal ini, kita tidak boleh lagi memandang ringgan akan peranan sitem pencahayaan dalam sesebuah produksi. Oleh itu, dalam hal ini, apakah cara kita berkerja? Adakah kita menggunakan cara yang sama dalam "telling a story"? 

Kalau belum...ia tidak terlambat untuk kita bersama-sama mencari sesuatu yang indah dalam hasil karya kita..!!!