Monday, June 23, 2014

Peranan Pencahayaan Dalam Persembahan Pentas

Assalamualaikum...

Perbincangan yang ingin saya ketengahkan pada kali ini ialah berhubung dengan peranan pencahayaan dalam persembahan pentas. Untuk perbincangan topik ini, saya memilih produksi teater kerana produksi teater sangat dominan menggunakan emosi atau ekspresi dalam apa jua keadaan. 

Apabila membincangkan tentang pencahayaan dalam sesebuah produksi teater, kita tidak hanya bercakap tentang gelap atau terang sistem cahaya tersebut. Oleh itu, apabila kita memerlukan sistem lampu bagi sesebuah produksi teater, kita bukan hanya memikirkan berapakah jumlah lampu yang ada dalam sesebuah panggung itu. Sebaliknya, perbincangan tersebut hendaklah menumpukan kepada bagaimana sistem lampu dapat membantu mengangkat cerita atau visual yang ingin disampaikan. Setelah itu, baharulah difikirkan jenis lampu yang ingin digunakan. Penggunaan cahaya yang berkualiti akan membantu "telling a story".

Jika pelakon melontarkan dialog dalam menyampaikan cerita atau mesej, pencahayaan juga bercerita melalui caranya yang tersendiri dan peranannya hampir sama dengan seorang pelakon. Jika pelakon bersedih, cahaya juga turut bersedih. Seorang pereka cahaya hendaklah mempunyai kemahiran untuk melahirkan suasana tersebut melalui kaedah tertentu. Perasaan sedih, sayang, dendam, marah dan lain-lain dapat digambarkan melalui kajian suasana yang mendalam berdasarkan mood atau atmosphere yang ingin dihasilkan.

Penonton akan menghayati sesebuah persembahan melalui dua deria penting iaitu sight and sound (mata dan telinga) . Sistem cahaya adalah terdiri kategori sight, yakni penonton menggunakan mata bagi menghayati sessuatu suasana yang ingin digambarkan. Pereka cahaya perlu memahami prinsip dalam rekaan cahaya yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Antaranya adalah seperti lighting composition, intensity, colour, contrast, angle dan movement. Pada masa yang sama, amalan "clarity of thought" juga memainkan peranan yang penting dalam apa jua keputusan dalam rekaan cahaya. 

Bagi memberi gambaran sebenar seorang pereka cahaya yang bertungkus lumus ingin melahirkan mood n atmosphere yang mengagumkan, saya ingin berkongsi pengetahuan saya, dimana seorang pereka cahaya bagi konsert Celine Dion yang telah bertemu dengan penyanyi tersebut bagi tujuan rekaan cahaya beliau. Antara topik perbincangan dengan penyanyi tersebut adalah seperti: 

  • Apakah warna ruang bilik tidur anda?
  • Apakah jenis rumah idaman anda?
  • Apakah warna kegemaran anda?
  • Apakah jenis pakaian kegemaran anda ketika keluar dinner? 
  • Bagaimanakan perasaan anda ketika anda marah/sayang/benci/stress?
  • Apakah impian dalam hidup anda?
  • Apakah suasana pilihan anda ketika dating?

Jika diperhatikan soalan-soalan tersebut agak terlalu peribadi untuk dikongsikan, apatah lagi untuk dikongsikan dengan seorang pereka cahaya. Namun, kedua-dua belah pihak telah menunjukkan tahap profesiolisme yang tinggi, demi kebaikan bersama. Begitulah, telitinya seorang pereka cahaya bertaraf profesional berkerja. Sebab itulah, apabila kita menyaksikan pencahayaan dalam sesebuah produksi yang diuruskan sedemikian rupa, persembahannya menyentuh naluri manusia. 

Dalam soal ini, kita tidak boleh lagi memandang ringgan akan peranan sitem pencahayaan dalam sesebuah produksi. Oleh itu, dalam hal ini, apakah cara kita berkerja? Adakah kita menggunakan cara yang sama dalam "telling a story"? 

Kalau belum...ia tidak terlambat untuk kita bersama-sama mencari sesuatu yang indah dalam hasil karya kita..!!!